mekarmu itu yang membisukan suara
kelopak kasih yang sekadar hiasan
membuka mata yang selalu terlena
mengungkap kisah semeriah gurindam hiburan
tiada lapuk dan tiada lupa
jejak langkahnya seolah seterumu
berjanji setia pada megah berdirinya sang ratu
membakar semangat hulubalang yang selalu membisu
memikul hasrat seluas lautan nan biru
yang kekal jitu itu hanyalah khayalan yang retak seribu
Derupan angin lalu membawa namamu pergi
maharani timur ke seantaro semesta
diiringi gegak gempita, kemusnahan yang kau cari
tiada nyawa yang sepi dari lirikan mata mu
terpacar dendam membara, binasalah seluruhnya
cuba ku tenteramkan gelora hati amarahmu
namun senyuman bengismu mencacatkan niatku
panas jiwa mu tiada yang dapat mengubahnya
sekali dititah, jangan ada yang membantah
jika tak mahu dibakar api jampi serapah
lalu ku dirikan sebuah momento di angkasa
membilang jejak - jejak sepi antara kita
mengimbau helaian ingatan di atas talian masa
Menjadi iktibar, amaran buat mereka yang mudah lupa
tentang kau tentang aku dan tentang kita
dulu kini dan seterusnya
No comments:
Post a Comment