Terus terang cakap memang dah tiba masa untuk melupakan hasrat nak mencuba nasib dengan awak pun... penat dah kot... asyik mencuba jer dari dulu tapi tak pernah berjaya pun... mungkin kena tengok balik kat mana ada salah dan silap... atur balik langkah dan selepas ini ada lah peluang yang lebih cerah... Seperti kata Thomas Alva Edison... " Aku tak pernah gagal... cuma aku telah berjaya mencari 1000 cara bagaimana untuk tidak membuat mentol... dan 1 cara untuk membuat mentol " (sorry translation ni mungkin agak kurang tepat... aku bukannya reti sangat alih bahasa ni).... Jadi sekarang aku perlu mencari cara untuk berjaya untuk mengubah hati seseorang (saja dibiarkan tergantung sebab aku rasa kamu semua tahu apa yang cuba di sampaikan)...
Nak ikut kan pun dalam 34 tahun hidup nie, boleh dikira dengan sebelah tangan sahaja cubaan aku untuk mengubah hati seseorang. Pertama kali mase tingkatan 4... takde lah bersungguh sangat pun sebab aku ni penakut... takut pada kegagalan... hajat nak mengorat sorang awek nie tapi dapat member dier pulak... aku ikut kan sahaja... dari sorang2 takde awek... tapi mase tingkatan 5 lain pulak jadi... untuk pertama kali (mungkin kedua kot.. mase tingkatan 3 ade ura2 pasal nie tapi aku buat tak endah sebab... mat rock mana nak layan awek... hahahaha) ada seorang gadis boleh suka kat aku.. cam pelik pulak... tapi aku hanya 17 tahun.. ingatkan cool lah kalau dapat pasang 2 awek serentak... tapi aku lupe sekolah aku takde la besar mana.. kejap jer dah kantoi... hahahaha (tapi pelik ade jugak kawan aku berjaya pasang 2... hebat sungguh mereka nie)... pastu taubat takmo buat camtu dah.. tambahan pula, aku kurang bertuah lah dalam soal hati ni...
Masa kat kolej pulak boleh terjatuh hati pada seorang awek dari Batu Pahat, Johor nie... so maka selepas buat satu eksperimen kat makmal (eksperimen bakar magnesium kot kalau tak silap... mase tu aku sorang jer ade lab partner perempuan.. seorang kakak senior)... aku kumpulkan segala kekuatan yang ade.. aku pegi kat meja dier, mintak kawan dia tinggalkan dia sorang2 kejap (sorry Ana, aku terkesima dengan lab partner kau masa tu) dan aku pun beritahu la kepada seorang perempuan yang aku suka kat dia (pertama kali dalam hidup buat camtu... menggigil wa cakap lu).. terdiam kejap dia... aku lagi la tak reti nak react masa tu... aku pun lupa apa dia cakap masa tu.. yang aku ingat... aku cakap "aku cuma nak kau tau jer.. kalau lepas ni kau takmo kawan ngan aku pun takpe... janji kau tau"... lebih kurang camtu la ayat aku.. then aku blah dan buat kerja aku... kitorang masih berkawan lepas tu cuma agak awkward la... at least dia tak benci aku... dia lagi tak suka dengan sorang lagi mamat yang suka kat dia... so I take comfort in that... enough la kot...
Masa dalam lingkungan umur 20 an ada gak aku mencuba lagi.. sebab orang kata "biar gagal tapi ada usaha nak cuba dari gagal untuk mencuba"... hahaha tapi segan pulak nak cerita kat sini... diorang masih berkawan dengan aku dan mungkin ada baca blog ni... huhuhuhu
The point that I was trying to convey was.. " I am a failure... but at least I can say I've tried... maybe not hard enough or not smart enough.. but I've tried... that got to count for something right??"
Everyone wants to change the world but no one wants to die trying....
No comments:
Post a Comment