dan aku kelabu
tidak putih mahupun hitam
hanya gabungan 2 warna
yang tidak membawa erti apa
tidak suci seperti putih
dan tidak kotor seperti hitam
kelabu itu seakan hambar
tanpa kilauan yang memukau
sering dibiar tanpa dihirau
terbuang tidak di endah
tidak seperti warna primer
dipuja dan disanjung pencinta
mewarnakan liku kehidupan
menjadi tanda megah
lukisan zaman berzaman
dan aku hanya kelabu yang sekunder
hasil pencabulan hitam kepada putih
penyatuan yang tiada restu
kerana putih dan hitam itu
bukan ditakdir untuk bersatu
kewujudan aku
hanya kejadian rawak tanpa sengaja
tiada yang semulajadi tentang diriku
yang cuma sekunder
hanya layak menjadi watak latar
di dalam cerita indah dunia primer
kosong dan sendiri
dibelakang sepi
yang bukan kepalang
hilang dan meresap pada belaian
angin silam yang membawa cerita
aku yang kelabu
No comments:
Post a Comment