March 23, 2012

Pantun jiwang kot...

Akar tanjung pagar selasih,
Balung kulit berisi serai;
Alangkah teruk menanggung kasih,
Tak kerana kulit tulang bercerai.

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana sumbunya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Kalau memerah limau kasturi,
Sebelum diperah buanglah bijinya;
Harta habis boleh dicari,
Patah hati apakah ubatnya.

Padang Panjang dilingkar bukit,
Bukit dilingkar kayu jati;
Kasih sayang bukan sedikit,
Dari mulut sampai ke hati.

Orang Acheh pulang ke Acheh,
Mengail kurau dapat senangin;
Bukan mudah kita berkasih,
Laksana wau melawan angin.

jauh lamunan ditampung siku,
tatapan mata jauh di ufuk,
sekali kau senyum aku terpaku,
sekali kau merajuk akan ku pujuk

*dicopy and paste dari sumber2 yang di suggest oleh google, kecuali satu sahaja yang ditulis sendiri

2 comments:

Dottie With Dots said...

so ni nak suruh orang teka la ni eh yang mana 'satu' tu yang you tulis sendiri?

Hmmmm... putting on my thinkin cap!

fallen_again said...

hahahaha.... the one i wrote is the lamest of the lot... pretty easy to spot :)