July 21, 2014

Re-POST: Sepi itu suka berteman...


Sepi itu tidak hadir tanpa ditemani si kembarnya sedih,
Duduk bersimpuh setia menemani hati yang dilanda pedih,
Adakalanya dia di sapa sang amarah, menghamburkan kata nista,
Tiada penawar abadi buat sepi yang setia itu kecuali masa,
Kerana masa bisa menawarkan segala duka lara.

Dan lalu bangkitlah wahai hati yang berteman sedih,
Kerana hari esok pasti akan tiba, dan siapa yang tahu apa akan dibawanya
Simpankan harapan pada hilangnya kecerahan cahaya mentari siang
Kerana gelap malam membawa kesepian yang membutakan mata
Apabila kehilangan, baru lah kita sedar akan apa yang kita pernah miliki.

Sulamkan pada genggaman
Sematkan pada kudrat hati
Tiada keciwa yang kekal
Kerana ianya adalah satu hiasan sementara

Susunkan semua cerita tentang dia
Kronologi sebuah siksa
Bukukan pengalaman dan letakkan di almari kisah hidupmu
Kerana kesilapan itu tiada erti jika tidak disesali

Buangkan dendam itu
Ke lautan dalam dan gelap
Dia hanya satu nama dalam senarai yang panjang
Ini bukan kali terakhir kau akan berteman dengan sepi

No comments: